Satu kejadian samun dan rompak telah berlaku di Lot 1195, Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelmarin.
Kejadian yang berlaku pada jam kira-kira 1.40 petang itu disahkan oleh bilik Gerakan IPD Pasir Puteh Kelantan telah menerima panggilan telefon.
Siasatan awal yang dibuat oleh pihak Polis dirumah mangsa didapati pada masa kejadian tersebut terdapat 3 org berada dirumah iaitu mangsa Hat Tema Bt Mat Zin, Nur Shafiqa bt Lah, 22 tahun dan Nur Shafatini bt Lah.
Dua lelaki melayu menaiki motosikal dan telah masuk ke dalam rumah tanpa membuka topi keledar yang mempunyai visor manakala seorang lagi suspek telah menendang pintu bilik air di mana mangsa Nur Shafiqa sedang mandi.
Setelah pintu terbuka suspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah dan mangsa dapati emak Mangsa (Hat Tema) sedang terbaring di ruang dapur rumah.
Kemudian mangsa Nur Shafiqa telah diminta oleh salah seorang saspek untuk mencabut sebentuk cincin yang sedang dipakai oleh mangsa iaitu ibu Nur Shafiqa yang sedang terbaring di atas lantai. Baca sepenuhnya di >>
Sumber
0 comments:
Post a Comment